Ummi Umairah- Pembekal kelengkapan haji, umrah dan tudung muslimah

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

kurang seminggu dari sekarang kita akan bersama-sama berkumpul dalam Majlis Sepetang Bersama Blogger dan Yeo’s 2014. Alhamdulillah sambutan tahun ini amat menggalakan, syukur ke hadrat Ilahi kerana diberikan kesempatan kepada penganjur untuk sekali lagi mengadakan majlis gilang-gemilang ini.

Pihak penganjur ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada pihak Ummi Umairah kerana telah sudi untuk menjadi penaja bersama dalam majlis kali ini. Penajaan ini pastinya membantu dalam penganjuran majlis seperti ini.

ummi umairah cover

Ummi Umairah merupakan jenama yang sedang meningkat naik dalam persada busana muslim di negara ini. Ummi Umairah menyediakan kelengkapan haji dan umrah, selain menyediakan pelbagai tudung muslimah yang pastinya menjadi idaman para wanita di luar sana.

Sekiranya anda baru pertama kali mengenali pihak Ummi Umairah, jangan berlengah lagi dan pergi ke Halaman Facebook Ummi Umairah untuk melihat koleksi terkini produk hasil keluaran Ummi Umairah. Design yang menarik dengan harga yang berpatutan, pastinya akan menjadi pilihan pelanggan yang bijak.

Terima kasih sekali lagi diucapkan kepada pihak Ummi Umairah kerana sudi menjadi penaja bersama pada tahun ini, semoga perniagaan bertambah maju hendaknya.

SBB