Sumbangan Pembinaan Bangunan Baru Madrasah Annuur

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

tinggal beberapa hari lagi sebelum majlis Sepetang Bersama Blogger dan Yeo’s akan diadakan, alhamdulillah setakat ni semuanya berjalan lancar walaupun kadangkala ada beberapa perkara yang hadir untuk menduga, namun semuanya dapat diuruskan dengan baik.

Terima kasih diucapkan kepada para penaja, rakan-rakan blogger, rakan media dan semua yang terlibat dalam proses mengadakan majlis ini. Dalam masa yang sama, kita ingin membantu pihak Madrasah Annuur untuk mengumpulkan dana untuk pembinaan bangunan baru mereka.

Sekiranya anda masih belum kenal Madrasah Annuur, ianya diusahakan oleh Ustaz Blogger kita, Ustaz Noehas atau nama sebenarnya Ustaz Effendi. Madrasah yang terletak di Muar ini telah melahirkan ramai ilmuan-ilmuan agama dan para tahfiz sepanjang penubuhan mereka.

Pada tahun ini, mereka merancang untuk menambah bangunan baru untuk kemudahan pembelajaran para pelajar di sana. Bangunan baru yang dianggarkan akan menelan kos sekitar RM500 ribu ini dibina untuk kemudahan para pelajar di sana. Untuk memudahkan proses pengumpulan dana, pihak Madrasah telah menawarkan lot saham bangunan iaitu 1 lot berharga RM100. Anda boleh juga menyumbangkan nilai yang anda mampu sekiranya tidak mampu untuk membeli 1 lot tersebut.

IMG-20140125-WA0017
IMG-20140125-WA0012
IMG-20140125-WA0014

Semperna Sepetang Bersama Blogger ini, pihak penganjur akan mengumpulkan dana untuk disalurkan kepada Madrasah Annuur, anda boleh membuat bayaran ke akaun berikut dan kami akan menyampaikan kepada pihak Madrasah pada majlis SBB itu nanti.

Sumbangan boleh di buat ke akaun berikut:

Nama Akaun : Denaihati Resources
Nombor Akaun : 562834616817
Nama Bank : Maybank

SBB