Segi Seri Catering

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

alhamdulillah tinggal lebih kurang 22 jam menjelang majlis Sepetang Bersama Blogger dan Yeo’s 2014. Pihak penganjur sedang bertungkus-lumus membuat persiapan akhir majlis tersebut, sama-sama kita doakan semuanya akan berjalan lancar.

Pihak penganjur ingin mengucapkan terima kasih kepada satu lagi penaja kami iaitu Segi Seri Sdn Bhd. Sebuah syarikat ternama yang menawarkan perkhidmatan katering dan jamuan untuk pelbagai jenis acara. Segi Seri Catering yang dimiliki oleh Tuan Haji Azhar telah menguruskan pelbagai majlis selebriti seperti perkahwinan Rozita Che Wan dan ramai lagi celebriti yang lain.

segi seri event

Pihak Segi Seri juga ada menyediakan Buffet Ramadan. Sekiranya anda semua ingin mencari kelainan semasa bulan Ramadan nanti, bolehlah ke Segi Seri untuk menikmati pelbagai hidangan lazat yang disediakan oleh pihak mereka.

Terima kasih sekali lagi diucapkan atas penajaan oleh pihak Segi Seri Sdn Bhd. Semoga perniagaan mereka akan lebih maju selepas ini. Jangan lupa untuk melayari laman rasmi mereka di SegiSeri.com

SBB