Pemenang Cabutan Bertuah Minggu Ketiga

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

seperti yang telah dijanjikan sebelum ini, setiap minggu selama empat minggu, kita akan mengadakan cabutan bertuah. Pemenang minggu pertama dan minggu kedua telah diumumkan.

Minggu ketiga, pemenang yang akan menerima RM50 setiap seorang.

  1. Budiyanti Murni
  2. Ivy Kam
  3. Ina Ainaa Kamaruddin
  4. Mohd Jamaruddin Baharudin
  5. Nur Syafiqah Izatti binti Rohizat

Hadiah cabutan bertuah ini boleh dituntut semasa Majlis Sepetang Bersama Blogger dan Yeo’s 2014 nanti. Sila bawa pengenalan diri sama seperti nama yang disenaraikan di atas. Tahniah diucapkan kepada pemenang.

Nota: Sekiranya para pemenang ingin menginfaqkan hadiah kepada kotak derma pembinaan madrasah tahfiz, sila maklumkan kepada pihak penganjur.

Kita nantikan cabutan seterusnya pula nanti. Mungkinkah anda pula yang akan berpeluang untuk memenangi hadiah cabutan bertuah mingguan ini? Sama-sama kita nantikan.

SBB