Mynic penyedia perkhidmatan domain .my

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

hari demi hari berlalu, sudah tidak lama untuk kita bersama-sama dalam majlis gilang gemilang Sepetang Bersama Blogger dan Yeo’s 2014. Beberapa rakan blogger juga telah memenangi cabutan bertuah minggu pada minggu pertama dan kedua selepas pengumuman dibuat, pemenang minggu ketiga akan menyusul tidak lama lagi.

Artikel kali ini, mari kita berkenalan dengan penaja bersama seterusnya iaitu pihak MYNIC Berhad yang merupakan satu-satunya pihak yang menguruskan domain yang menggunakan penghujung .my di Malaysia. MYNIC merupakan agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan dipantau oleh pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

mynic-logo

Domain .my memberikan kita kemudahan untuk mencapai pembaca dari Malaysia selain daripada pembaca di luar negara juga. Ianya memberikan keunikan kepada kita dan memudahkan untuk bakal pelanggan mengetahui mengenai asal usul sesuatu laman sesawang itu.

Pihak penganjur mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak MYNIC Berhad kerana sudi untuk menaja majlis SBB2014 pada kali ini. Semoga dengan penglibatan MYNIC dalam majlis ini akan membuka mata kepada rakan-rakan blogger khususnya dan orang ramai amnya mengenai perkhidmatan pendaftaran domain .my ini.

Jangan lupa untuk mengikuti perkembangan MYNIC di laman rasmi mereka Mynic.my selain Mynic di Facebook dan juga Mynic di Twitter.

SBB