Al Ansar Health – Pusat Terapi Kesihatan Anda.

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

pihak penganjur ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Al Ansar Health kerana kesudian untuk menjadi penaja bersama bagi Majlis Sepetang Bersama Blogger dan Yeo’s 2014. Sedikit pengenalan mengenai Al Ansar Health.

header-al-ansar-health

Al Ansar Health diasaskan oleh Tuan Haji Khanafi Hussin. Syarikat ini merupakan salah satu syarikat dalam rangkaian Al Ansar Group yang telah mempunyai 3 lagi anak syarikat dalam cabang perniagaan yang lain, iaitu Al-Ansar Properties, Al-Ansar eQurban dan juga Al-Ansar Biocypress.

Idea untuk menubuhkan Al-Ansar Health ini tercetus pada April 2013 dan penubuhannya telah dilakukan pada 30 Ogos 2013 oleh 3 peneraju utama iaitu Haji Khanafi, Haji Sobri Saad dan Saudara Bakhtiar. Matlamat utama syarikat ini ditubuhkan adalah untuk memberi khidmat kesihatan kepada masyarakat sekeliling. Perkhidmatan ini ditujukan kepada masyarakat kini yang menghadapi pelbagai penyakit khususnya penyakit berkaitan dengan resdung, mata dan saraf. baca lebih lanjut

Sekiranya anda ingin mendapatkan kaedah alternatif untuk menyembuhkan pelbagai jenis masalah kesihatan, boleh rujuk Halaman Rasmi Al Ansar Health. Jangan lupa untuk like Facebook Al Ansar Health.

SBB