Terima kasih kepada semua yang menjayakan majlis SBB2014

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

syukur alhamdulillah kerana majlis Sepetang Bersama Blogger dan Yeos 2014 telah selesai dan berjalan dengan lancar pada hari sabtu yang lalu. Pihak penganjur ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada penaja utama majlis, Yeo’s Malaysia dan penaja bersama Lazada Malaysia, Ephyra, Ummi Umairah, Al Ansar Health, Mynic dan Segi Seri Sdn Bhd.

Terima kasih diucapkan kepada semua

Terima kasih diucapkan kepada semua

Pihak penganjur juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada individu dan syarikat yang sudi untuk menaja hadiah cabutan bertuah, antaranya mymustaffa.org, nadot.my, amanz.my, bachplussize, kedaicotton.com, lagenda otak-otak, anjungjelita.com, ciklaili.com, pendekarberkuda.org, bella dona shop, littlescarf collection, iluvtour.com, gaya travel, Air Asia, Jamu Ratu Malaya, ServerFreak, halimbrothers.com, Ustaz Noehas dan mereka-mereka yang tidak mahu namanya disenaraikan.

Selain itu, pihak penganjur juga ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada rakan-rakan blogger dan para peserta yang sudi hadir memeriahkan majlis Sepetang Bersama Blogger dan Yeos pada tahun ini. Tanpa anda semua, pasti majlis ini tidak akan dapat diadakan.

Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada yang Maha Esa kerana telah memudahkan perjalanan majli sini dan membolehkan pelbagai ilmu dikongsikan dalam satu majlis. Selain itu, pihak penganjur juga ingin mengucapkan terima kasih, kepada vendor-vendor yang terlibat dalam menyediakan perkhidmatan untuk mencetak tshirt, cenderahati, kalendar, buku, menyediakan tempat majlis dan banyak lagi. Semoga hubungan perniagaan antara kita akan terus berjalan.

Sekali lagi terima kasih diucapkan kepada semua. Anda semua memang hebat dan terbaik!.