Pendaftaran SBB2014 Ditutup

Assalamualaikum dan salam hujung minggu,

syukur alhamdulillah, sambutan untuk majlis Sepetang Bersama Blogger dan Yeo’s 2014 ini memang sangat memberansangkan. Siapa sangka, selepas seminggu pengumuman majlis ini dibuat, pihak penganjur terpaksa menutup pendaftaran kerana telah mencapai kuota maksima yang boleh dilayan oleh dewan di Saloma Bistro.

yeos-minicontest-300x250
Ini memang sesuatu yang menggembirakan. Terima kasih kepada para penaja utama Yeo’s Malaysia, penaja bersama Ephyra, penaja-penaja lain seperti Ummi Umairah, Mustafa.org, Kedaicotton.com, Bachplussize, Legenda Otak-otak, Nadot.my, Little Scarf Collection, Amanz.my dan penaja-penaja lain yang tidak ingin disenaraikan dalam artikel ini.

Produk kecantikan Ephyra

Pihak penganjur juga ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada rakan-rakan blogger yang mempromosikan majlis Sepetang Bersama Blogger 2014 ini dengan bersungguh-sungguh sehingga kita mencapai kuota pendaftaran lebih awal daripada yang dijangkakan. Semoga majlis ini akan berjalan lancar dan memberikan manfaat kepada semua.

Kepada rakan-rakan blogger, jangan lupa untuk menyertai Contest Yeo’s Malaysia Sepetang Bersama Blogger dan berpeluang untuk memenangi gajet seperti Samsung Galaxy Note 3, iPad Mini dan Lenovo A850 Black.

yeos-minicontest-728x90

13 Responses to “Pendaftaran SBB2014 Ditutup

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *