Buku Mudahnya Berniaga untuk semua peserta SBB2016

Fakta yang anda harus tahu

– ramai yang tinggal di bandar seperti Kuala Lumpur ini diklasifikasikan miskin bandar. Tahap gaji bulanan kurang dari RM3,000 dikategorikan sebagai ‘miskin bandar’ oleh Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar di bawah Rancangan Malaysia ke-10 (RMK10).

Kenyataan ini adalah satu hakikat yang harus kita lalui hari ini. Cabaran ekonomi dan kos sara hidup yang semakin meningkat membuatkan ramai orang menghadapi cabaran dan tekanan baru alaf ini. Tidak kurang juga yang mencadangkan solusi di dalam menghadapi cabaran ini dengan mengurangkan pelbagai kos dan perbelanjaan keluarga, namun ternyata ia sekadar penyelesaian jangka pendek semata-mata.

Di dalam buku MUDAHNYA BERNIAGA ini, Dr Azizan Osman berkongsi langkah demi langkah berdasarkan pengalaman beliau sendiri di dalam perniagaan serta membina ramai usahawan bagaimana untuk memulakan perniagaan dari kosong tanpa modal sehingga mencecah jualan jutaan ringgit setahun. Perkongsian beliau lebih praktikal dan mudah diaplikasikan oleh mereka yang komited bertindak.

“Ramai bakal usahawan atau usahawan membuang masa bertahun-tahun membuat kesilapan yang merugikan di dalam memulakan atau membina perniagaan. Mereka lebih rela berniaga pada tahap yang sama atau tidak berapa menguntungkan daripada membenarkan diri mereka untuk belajar mendapatkan ilmu dan pengalaman daripada orang lain yang terbukti berjaya.

“Tidak suka belajar atau ego tidak mahu mendapatkan ilmu merupakan antara sebab kritikal ramai usahawan ‘tersangkut’ pada tahap perniagaan yang sama. Mereka tidak sedar bahawa mereka tidak dilahirkan dengan ilmu dan kepakaran sebagai usahawan apatah lagi untuk membawa perniagaan mereka ke tahap jutaaan ringgit setahun, ianya memerlukan skil, ilmu dan strategi yang terbukti telah berjaya,” kata Dr Azizan ketika ditemui di majlis pelancaran buku MUDAHNYA BERNIAGA, di sini.

Menurut beliau yang berada di London pada 20-22 Februari lalu bagi mengikuti seminar kejurulatihan anjuran Peter Sage, tanpa ilmu keusahawanan yang sebenar, mereka akan end-up mencuba pelbagai jenis perniagaan banyak kali over the years dan ia membazir masa, wang dan tenaga.

Pengalaman membina perniagaan beliau sepanjang hampir 20 tahun terutamanya dalam industri pengiklanan dan pemasaran menguruskan portfolio projek jenama-jenama besar termasuk TM, Digi, Celcom, HSBC, Standard Chartered, WWF dan MAKNA, banyak memberikan saya pengalaman dan strategik formula bagaimana membantu usahawan membina bisnes mereka ke tahap yang luar biasa. InsyaAllah.

“Sejak tahun 2008, saya komited membantu, memberikan inspirasi serta mengajar bakal usahawan atau usahawan terutamanya bumiputera bagaimana mudahnya mereka boleh memulakan perniagaan dan membangunkannya dengan pantas sehingga beribu anak didik saya yang bukan sahaja telah membina perniagaan tetapi ramai yang telah mencapai tahap jutawan,” katanya.

Pengalaman di dalam dunia keusahawanan itu menjadi antara intipati utama penulisannya di dalam buku MUDAHNYA BERNIAGA. Dr Azizan menyarankan supaya orang ramai memulakan perniagaan sebagai persiapan menghadapi kegawatan ekonomi. Bagaimanapun mereka yang ingin menceburi dunia perniagaan, wajib mempunyai ilmu perniagaan yang betul.

“Jika ada ilmu, anda berkemungkinan untuk meningkatkan pendapatan lebih banyak daripada yang anda jangka.  Mungkin anda kata orang berniaga juga akan terkena tempias kegawatan ini, saya tidak menafikannya tetapi dengan ilmu dan sikap berani merebut peluang, InsyaAllah anda akan mampu menukar masalah kepada lubuk duit.

“Saya juga ingin berkongsi dengan anda bahawa untuk berniaga itu adalah sangat mudah sebenarnya.  Ramai daripada peserta program kami yang memulakan perniagaan tanpa modal atau dengan modal yang sangat rendah,” katanya.

Sepanjang April dan Mei ini, Richworks Academy, akan berkongsi idea dan ilmu demi membantu anda menyediakan diri untuk menghadapi keadaan kegawatan ini. Sebanyak 11 lokasi sudah dikenal pasti untuk Richworks mengadakan KLINIK USAHAWAN DR AZIZAN OSMAN: MUDAHNYA BERNIAGA di seluruh negara.

Lokasi-lokasi terpilih ialah:

  1. Kuala Lumpur (2 April)
  2. Pulau Pinang (3 April)
  3. Alor Setar (9 April)
  4. Ipoh (10 April)
  5. Kota Bharu (15 April)
  6. Kuantan (16 April)
  7. Melaka (17 April)
  8. Johor Bahru (23 April)
  9. Shah Alam (24 April)
  10. Tawau (14 Mei)
  11. Kota Kinabalu (15 Mei)

Dijangkakan seramai 18,000 peserta untuk menghadiri 11 lokasi siri KLINIK USAHAWAN DR AZIZAN OSMAN: MUDAHNYA BERNIAGA!

Layari www.klinikusahawan.com untuk maklumat lanjut.

Muat turun sekarang di www.klinikusahawan.com.