9 perkara penting untuk ke SBB2016

9 perkara penting untuk ke SBB2016

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

terima kasih kepada semua yang sudah mendaftarkan diri untuk ke majlis tahunan ini, Sepetang Bersama Blogger 2016 yang telah diadakan tahun kelima berturut-turut. Setelah diputuskan dan undian daripada blogger memilih untuk berhimpun di Kuala Lumpur. Beberapa faktor seperti pengangkutan dan lokasi yang strategik untuk majoriti ke majlis Sepetang Bersama Blogger 2016.

Pada tahun 2016 ini, majlis Sepetang Bersama Blogger 2016 (SBB2016) akan diadakan :

Tarikh: 16.4.16 (Sabtu)
Lokasi : Dewan Campbell Complex, Kuala Lumpur
Masa : 8.30 pagi hingga 5.00 petang

Di sini, admin ingin berkongsi beberapa perkara yang perlu diketahui oleh semua yang akan hadir pada majlis ini nanti.

  1. Lokasi – lokasinya adalah Dewan Hotel Grand Campbell, Kuala Lumpur. Seperti di dalam peta, ia terletak di:
    – sebelah IbuPejabat Polis Dang Wangi
    – belakang Semua House
    – berhampiran SOGO.
  2. Pengangkutan – Bagi yang naik kenderaan sendiri, terus disarankan parking di Hotel Grand Campbell. Pengangkutan awam yang lain adalah :
    Putra LRT – Stesen Dang Wangi
    STAR LRT – Stesen Bandaraya (SOGO)
    Bas GO KL (PERCUMA) – Hentian Medan Mara
  3. Parking – Terus masuk parking ke Grand Campbell Hotel di aras 4. Flat rate
  4. Contest – ada contest yang akan dibuat oleh penganjur seperti Zeeta Magis Aura Mawar dan Amna Home yang akan mengumumkan pemenang fullboard ke Paris atau Amsterdam.
  5. Cabutan bertuah – Tahun ini melimpah ruah dengan cabutan bertuah. Penaja-penaja sangat bermurah hati untuk memberi lebih 60 hadiah cabutan bertuah! Denaihati Network juga memberikan cabutan bertuah seperti LED TV 32 inchi, smartphone, tablet, jam tawaf Denaihati. Yang paling best adalah hadiah tajaan pakej umrah 15 hari 14 malam oleh Simply Umrah. Alhamdulillah.
  6. Booth – Ada jualan produk atau barangan daripada penaja-penaja yang bersama SBB2016 kali ini dan mohon bawa wang belanja anda. Dimaklumkan ada jualan runtuh dan diskaun khas untuk semua yang hadir pada 16.4.16 di SBB2016
  7. Panel Forum – Barisan panel pada tahun ini cukup menarik kerana menggabungkan pelbagai bidang dalam sosial media. Mereka adalah Aqif Azizan, Cikgu Ali Hanafiah, Hasrul Hassan, Abang Ensem, Adiputra dan Tuan Ismail Che Ani. Semoga semua yang hadir dapat manfaat dari ilmu yang akan dikongsikan.
  8. Kemudahan – Tidak perlu risau kerana surau semestinya ada di aras 1 dan tandas juga ada berdekatan di tingkat 4.
  9. Aktiviti – Seperti dalam aturcara SBB2016 , ada beberapa aktiviti yang akan bermula seawal jam 8.30 pagi dengan pendaftaran dan seterusnya perkongsian hebat di mini forum. Masa untuk semua yang hadir membuka minda dan mata mengenai industri sosial media yang boleh memberikan impak dalam kehidupan masing-masing.

Okay, ini ada pesanan video dari abang sado kita.

Kehadiran semua pada Sepetang Bersama Blogger 2016 ini amatlah dihargai. Ada yang sanggup datang jauh dari utara, selatan, timur dan barat, tidak kurang juga ratusan dari lembah klang. Jika selama ini berjumpa di alam maya seperti Facebook, twitter dan instagram, namun inilah peluang yang ada untuk masing-masing melebarkan jaringan.

Ada yang nervous kerana kali pertama hadir, ada yang gembira saban tahun kerana menunggu event ini dan tidak kurang juga yang agak terkilan sebab masa tidak mengizinkan untuk hadir ke majlis gilang gemilang ini yang menghimpunkan ratusan rakan-rakan kita. Ukhuwah yang terjalin di platform yang diilhamkan oleh Denaihati Network ini diharapkan berterusan silaturrahim kita.

Adakah ia SBB yang terakhir?

Jumpa nanti pada 16.4.16 di Grand Campbell Hotel, KL.