300 Domain .my percuma daripada Mynic Berhad

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

seperti ramai sudah maklum, pihak Mynic Berhad merupakan salah seorang daripada penaja bersama majlis Sepetang Bersama Blogger 2014. Disebabkan sambutan yang hebat daripada rakan-rakan blogger, pihak Mynic Berhad telah bersetuju untuk memberikan 300 domain (.my) percuma kepada rakan-rakan semua.

mynic-logo

Domain ini akan didaftarkan untuk tempoh dua (2) tahun. Setiap peserta dibenarkan untuk mendaftar satu (1) domain dot my (.my). Pendaftaran akan dibuat oleh pihak Mynic dalam tempoh 14 hari bekerja disebabkan pendaftaran domain ini akan dilakukan secara pukal.

Adalah dinasihatkan anda tidak berkongsi domain yang ingin didaftarkan kepada pihak yang lain untuk mengelakkan mereka mendaftarkan domain tersebut terlebih dahulu dan mengakibatkan anda terlepas peluang untuk menggunakan domain tersebut.

Hanya domain (.my) yang akan diberikan secara percuma, domain seperti .com.my atau .org.my tidak sah untuk pendaftaran kali ini.

Sekiranya anda berminat untuk mendaftar domain percuma ini, boleh pergi ke halaman Daftar Domain Mynic dan isi borang tersebut sekarang. Semua info adalah sulit, kami tidak akan menggunakan info yang diberikan untuk tujuan lain.